SIAPAKAH YANG LUAR BIASA IMANNYA?
Pada suatu
ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "siapakah yg paling luar
biasa imannya?"
Para sahabat
menjawab, "malaikat,ya Rasulullah."
Balas
Rasulullah, "sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka
sentiasa di sisi Allah."
Seketika
terdiam para sahabat, menjawab lagi, "para nabi,ya Rasulullah."
Rasulullah
berkata, "para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima
wahyu daripada Allah."
Para sahabat
mencuba lagi, "kalau begitu kamilah yang paling beriman."
Jawab Rasulullah,
"aku berada di tengah tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang
paling beriman."
Lalu, salah
seorang sahabat berkata, "kalau begitu, Allah dan Rasul Nya sajalah yang
mengetahui."
Maka dengan
nada perlahan, Rasulullah berkata, "Mereka adalah umat yang hidup selepas
aku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman
denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang
yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku
tetapi beriman denganku."
Rasulullah
diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih,
"sesungguhnya, aku rindukan mereka...
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا
مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل
سيدنا مُحَمَّدٍ
Hantar ke
semua group contact . Anda akan membuat beribu , malah berjuta-juta org
berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Kontributor :
Soemarsono, (SON) [11.05.15 07:01]






0 komentar:
Posting Komentar